Google Flow Music: AI Studio

1.8K ulasan
Rating kandungan
Semua orang
500K+
Muat turun
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

18 tahun ke atas sahaja. Tersedia kepada pengguna berumur 18 tahun ke atas.
Google Flow Music ialah studio muzik AI daripada Google Labs yang memudahkan anda membuat lagu menggunakan AI. Perihalkan perasaan atau tampalkan lirik anda dan dapatkan lagu penuh yang berkualiti tinggi. Kemudian teruskan membentuk lagu itu dengan penerbit muzik AI anda sendiri sehingga lagu itu kedengaran seperti yang anda bayangkan.

Tiada pondok rakaman, tiada peralatan dan tiada teori muzik diperlukan. Sama ada anda menulis melodi pertama anda atau anda telah membuat rentak selama bertahun-tahun, Flow Music membantu anda menghayati muzik.

TUKAR PERASAAN ATAU LIRIK MENJADI LAGU PENUH
Taip gesaan seperti "genre house yang bertenaga untuk espreso 7 pagi saya" atau tampalkan lirik yang telah anda tulis dan Flow Music akan menjana lagu penuh yang lengkap dengan vokal dan instrumen. Cuba sebarang genre: pop, hip-hop, lo-fi, house, indie rock, R&B, country dan pelbagai lagi.

BERSEMBANG DENGAN PRODUCER AI ANDA
Perhalus runut anda dengan hanya menyatakan perkara yang anda mahukan. Minta Producer anda, dikuasakan oleh Gemini, untuk "meningkatkan bunyi bes", "menambahkan solo gitar pada perangkai" atau "menyanyikan lagu dengan suara yang lebih garau". Ciri ini menggunakan perubahan dan memastikan lagu anda terus berkembang, satu rakaman pada satu-satu masa.

NYANYIAN SEMULA, GANTIKAN DAN LANJUTKAN
Muat naik lagu anda sendiri atau adun semula lagu yang telah anda buat. Buat nyanyian semula dalam gaya baharu, gantikan bahagian (tukar gitar dengan kekunci Rhodes yang hangat) atau lanjutkan lagu dengan rangkap atau outro baharu.

BUAT VIDEO MUZIK UNTUK LAGU ANDA
Hidupkan lagu anda dengan video muzik AI yang dibuat menggunakan Veo, model video Google. Arahkan rupa, watak dan perasaan, kemudian kongsi video yang disegerakkan dengan lagu anda.

BINA DENGAN RUANG
Tingkatkan pengalaman anda dengan Ruang: buat pemalam audio tersuai, permainan muzik atau apl muzik mini anda sendiri. Kongsi apl mini anda supaya orang lain boleh menggunakan dan mengadun semula apl mini tersebut.

KONGSI DAN TEMUKAN MUZIK
Terbitkan lagu anda, bina senarai main, ikuti pencipta dan temukan muzik baharu setiap hari. Flow Music mempelajari cita rasa anda semasa anda membuat lagu, maka ciri ini akan semakin mengenali bunyi anda yang tersendiri dari semasa ke semasa.

Temukan bunyi anda sebagai artis atau penerbit baharu. Gunakan Flow Music sebagai penjana lagu AI anda untuk membuat lagu hari lahir untuk rakan, lagu tema untuk audio siar anda, rentak untuk video anda yang seterusnya atau runut khas untuk anda. Apakah lagu yang akan anda buat hari ini?

Syarat Penggunaan: https://policies.google.com/terms
Dasar Privasi: https://policies.google.com/privacy
Notis Privasi: https://www.flowmusic.app/privacynotice
Studio muzik AI anda: Tukar idea atau lirik menjadi lagu, adunan semula & video.
Dikemas kini pada
25 Nov 2026

Keselamatan data

Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
  • Tiada data dikongsi dengan pihak ketiga
    Ketahui lebih lanjut tentang cara pembangun mengisytiharkan perkongsian
  • Apl ini mungkin mengumpul jenis data ini
    Lokasi, Maklumat peribadi dan 7 yang lain
  • Data disulitkan semasa dalam perjalanan
  • Anda boleh meminta data dipadamkan

Rating dan ulasan

1.74K ulasan
Jhohari Jee (Arwana)
17 November 2026
baik
19 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Rodywan Ahmad
16 November 2026
5 Bintang
13 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Gengster King
16 November 2026
👌👌ok with me for
11 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Perkara baharu

Selamat datang ke Google Flow Music untuk Android!